RAMALLAH, 4 NOV: Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin pada Jumaat berkata sebanyak 47 trak bantuan tambahan telah memasuki Semenanjung Gaza melalui lintasan sempadan Rafah dari Mesir.
GENEVA, 2 NOV: Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Rabu menyeru supaya Semenanjung Gaza diberikan akses penuh kepada bantuan perubatan dan bahan api.
RAMALLAH, 1 NOV: Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin pada Selasa berkata sebanyak 59 trak bantuan telah memasuki Semenanjung Gaza melalui lintasan sempadan Rafah.
GAZA CITY (Palestin), 30 OKT: Perkhidmatan telefon dan Internet terputus di bahagian utara Semenanjung Gaza, umum Palestine Cellular Communications Company (Jawwal) pada Isnin, lapor Agensi Anadolu.
GAZA CITY, 30 OKT: Serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lalu mengakibatkan kemusnahan 47 buah masjid manakala tiga gereja rosak, kata pejabat media kerajaan tempatan pada Ahad, lapor Agensi Anadolu.
GENEVA, 29 OKT: Ketiadaan akses kepada telefon dan internet di Gaza bermakna bantuan roti juga tidak lagi dijamin di wilayah itu, menurut amaran yang dikeluarkan Program Makanan Sedunia (WFP) pada Sabtu.
PUTRAJAYA, 29 OKT: Malaysia menyambut baik dan menyokong penerimaan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyeru kepada gencatan senjata segera dan berkekalan antara tentera Israel dan Hamas di Gaza.
KUALA LUMPUR, 28 OKT: Sejumlah 50 tan barangan utama bantuan kemanusiaan bernilai RM7 juta untuk rakyat Palestin di Gaza siap sedia untuk dihantar ke Gaza melalui Mesir.
WASHINGTON, 28 OKT: Rangkaian bantuan kemanusiaan yang menyediakan perkhidmatan kritikal kepada lebih dua juta penduduk di Gaza berisiko ‘lumpuh’, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres pada Jumaat.
RAMALLAH, 28 OKT: Presiden Palestin menyambut baik keputusan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) yang menerima resolusi menyeru gencatan senjata segera, selain bantuan kemanusian serta perkhidmatan penting sampai ke Semenanjung Gaza tanpa sebarang halangan.
SHAH ALAM, 27 OKT: Worldwide Holdings Berhad (WHB) menyalur bantuan barangan perubatan dengan nilai keseluruhan RM40,000 ke Gaza bagi memenuhi keperluan kecemasan rakyat Palestin.
GAZA, 27 OKT: Jumlah rakyat Palestin yang terkorban akibat serangan udara tentera penceroboh Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lalu, kini meningkat kepada 7,028 orang, menurut Kementerian Kesihatan di Gaza pada Khamis.
RAMALLAH, 25 OKT: Lebih 5,795 rakyat Palestin terbunuh manakala 18,000 lagi cedera akibat serangan rejim Israel di Palestin sejak 7 Oktober lalu.
KUALA LUMPUR, 25 OKT: Pendirian Malaysia yang lantang, keras dan konsisten dalam mengutuk kekejaman rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin terus-menerus disuarakan di pelbagai peringkat, kali ini menerusi gelombang ‘lautan putih’ pada program Himpunan Malaysia Bersama Palestin.
RAMALLAH, 24 OKT: ActionAid Palestin merayu kepada masyarakat antarabangsa untuk bertindak segera menyalurkan bantuan bahan api ke Gaza, memandangkan hospital kini hampir kehabisan bekalan dan keadaan ini boleh mengancam nyawa pesakit, termasuk bayi dan warga emas.
KUALA LUMPUR, 24 OKT: Warga Palestin yang menuntut di Malaysia merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan dan rakyat Malaysia kerana sentiasa memperjuangkan kepentingan Palestin.
KAHERAH, 23 OKT: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menasihatkan pasukan sukarelawan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Malaysia, yang ingin menyalurkan bantuan kepada mangsa kekejaman rejim Israel di Gaza, supaya menyalurkan bantuan berasaskan keperluan.
RAFAH, 23 OKT: Kumpulan kedua konvoi bantuan membabitkan 14 trak dengan muatan peralatan perubatan, makanan dan air masuk ke Semenanjung Gaza melalui sempadan Rafah pada malam Ahad.
KUALA LUMPUR, 22 OKT: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dunia perlu bangkit dan menghentikan sikap hipokrit yang sangat jelas mengenai situasi yang sedang berlaku di Gaza.
ISTANBUL, 22 OKT: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan bertemu Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan petang ini, sebelum menamatkan lawatan kerja dua harinya ke negara itu.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.